Item Name | JAUH DARI CINTA |
---|---|
Price | RM 22.00 (SM) Buy Now ! RM 24.00 (SS) |
Description | SINOPSIS
NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.
"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"
"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."
"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"
Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.
FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.
"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."
"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."
Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!
Sedutan Novel :
"Kenapa kau nak buat sampai macam tu sekali, Nysa? Apa yang kau dapat?" Miza seakan membantah semua yang aku lakukan.
"Aku cuma nak dia bahagia," perlahan aku menuturkan itu.
"Tak habis-habis dengan kebahagiaan dia. Habis tu, kebahagiaan kau, kau nak campak kat mana? Tak sudah-sudah kau risaukan dia. Kau pun berhak untuk bahagialah, Nysa. Kau kena ingat tu." Miza merenung aku tajam. Aku pula hanya mampu tunduk dan mendiamkan diri.
"Dengar cerita kau ni, tambah pula tengok keadaan kau macam ni, aku pula yang rasa marah. Kalaulah Aqil ada depan mata aku sekarang ni, tahulah apa yang aku nak buat. Dia ingat dia tu siapa? Suka-suka hati aje nak sakitkan hati orang lain." Miza bertambah marah. Tin minuman yang dipegangnya sejak tadi dihentakkan di atas meja. Mujur food court itu kian galak menerima kunjungan. Jadi keadaan hingar-bingar itu telah menutup bunyi tin air soya tadi.
"Sampai bila kau nak berlakon hilang ingatan ni?"
"Entahlah Miza, aku pun tak tahu."
"Semua yang kau buat ni, kerja gila kau tau tak, Nysa. Buatnya Aqil tahu, semua orang tahu, tak ke kau seorang aje yang kena tanggung akibatnya? Kau tak fikir dulu ke?" Miza masih lagi mempersoalkan tindakanku.
"Aku rasa ini yang terbaik." jawabku.
"Terbaik untuk dia dengan makwe dia tu aje. Untuk kau, ini bukan yang terbaik, tapi ini yang terperit! Ish… geram betullah aku!" barulah kali ini Miza mengalihkan pandangannya. Melilau matanya memerhati ruang-ruang yang ada dalam food court itu.
"Tak apalah, Miza. Untuk kali yang terakhir." pendek ayat yang aku keluarkan.
"Kau ingat dia nak hargai ke, semua yang kau buat ni? Kalau macam tulah perangainya, jangan mimpilah." Miza betul-betul marah.
"Please Miza… aku bercerita pada kau, bukan nak kau buruk-burukkan dia. Seteruk mana pun dia, dia tetap suami aku. Lagipun aku buat semua ni bukan untuk buat dia hargai aku." aku jelaskan, berharap Miza faham.
"Suami? Kelakar pula aku mendengarnya. Ish… dahlah. Aku nak ke toilet kejap. Berasap-asap dah telinga aku ni dengar cerita kau tu. Kalau aku jadi kaulah Nysa, dah lama dah aku tinggalkan lelaki yang tak tahu dek untung macam dia tu." Miza menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum bangun meninggalkan aku sendirian di situ.
|
Available Stock | Available |
.: SELAMAT DATANG KE LEVERRA BOOKSTORE ONLINE :.
Cari Novel Fevret Anda
JAUH DARI CINTA
Labels:
Adah Hamidah,
JAUH DARI CINTA,
Karya Seni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penulis Buku
Abd Rahman Rohaily
(1)
Acik Lana
(6)
Adah Hamidah
(1)
Aii Fariza
(1)
Aima Chan
(1)
Ain Kamalia
(1)
Aisya Sofea
(1)
Aliesha Kirana
(1)
Alina Haizar
(1)
Amisha Dania
(1)
Anarif
(1)
April Snow
(1)
Areila Sahimi
(1)
Arisa Eriza
(1)
Ateen Khalid
(1)
Bunga Amani
(1)
Camellia
(1)
Chef Kamarul
(1)
CikGadis
(1)
Dato' Siti Nor Bahyah
(1)
Dr Farhan Hadi
(6)
Dyadila
(1)
Dzie Tyea
(1)
E-Man Sufi
(2)
Elin Nadia
(1)
Evelyn Rose
(2)
Fakih Abul Faiq Al-Minangkabawi
(1)
Fatimah Bunyamin
(1)
Fatimah Syarha
(14)
Grup Penjejak Tamadun Dunia
(1)
Haiza Najwa
(1)
Hannah Dhaniyah
(1)
Hanni Ramsul
(2)
Hasliza Ismail
(1)
Hasrudi Jawawi
(1)
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
(1)
Izzah Haneefa
(1)
Laila Kamilia
(1)
Liz Haliza
(1)
Marissa
(2)
Melur Jelita
(2)
Miazal Zahra
(1)
Murni Aqila
(1)
Noor Laila Aniza Zakaria
(1)
Nuroll Shazlinda Hairul
(1)
Nurriez
(1)
Nurul Ain Syuhada
(1)
NURULL HALAWATI
(1)
ORKID EDYLIYNE
(1)
Pahrol Mohd Juoi
(2)
Rafina Mimi Abdullah
(1)
Ramlee Awang Murshid
(23)
Rose Harissa
(1)
Sara Aisha
(2)
Sheik Azmi Sheik Omar
(1)
Suri Ryana
(2)
Syahirah Ibrahim
(1)
Syamnuriezmil
(3)
Tinta Biru
(2)
Umi Kalsom
(1)
Umie Nadzimah
(2)
Waniey Zakaria
(1)
Wardina Safiyyah
(1)
Web Sutera
(1)
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
(1)
Zura Asyfar
(1)
Penerbit Buku
Alaf 21
(31)
Buku Prima
(3)
Galeri Ilmu
(3)
Kaki Novel
(26)
Karya Bestari
(1)
Karya Seni
(36)
Must Read
(5)
PTS
(2)
Sebarkan Bahagia
(18)
Telaga Biru
(13)
0 comments:
Post a Comment